Sawi Goreng Tauhu


Tak tau nk masak apa kan!!! Buka peti ais tgk bahan2 nie jek ada stok lagi. Pe lagi main campak2 la masak. Huhuhuhuhu. Boleh laaaaaaa!!!!


BAHAN-BAHAN :
  • Sawi
  • Tauhu
  • Bawang Putih
  • Garam (secukup rasa)
  • Air
CARA-CARANYA :
  1. Tumis bawang putih terdahulu.
  2. Kemudian masukkan sawi yg telah dpotong.
  3. Air masuk sikit supaya ada kuah (kalo takmo kuah goreng biasa jek)
  4. Masukkan tauhu yg telah dpotong kecil. Gaulkan kesemuanya.
  5. Garam jgn d lupa. SELAMAT MENCUBA.

Daging Goreng Kacang Buncis


Actually nie gambar tahun 2011 slps raya haji. Dsebabkan masa tu daging terlalu byk so sy selalu msk mcm nie jelah. Simple n mudah. Tambahan lak sy nie jenis satu 2 lauk cukup lah kan. Tak perlu byk2. Asalkan kenyang perut sy nie. Hehehehehe.

BAHAN-BAHAN :
  • Kacang Buncis (dipotong kecil)
  • Daging (dipotong kecil)
  • Bawang Merah
  • Garam (secukup rasa)
CARA-CARANYA :
  1. Tumis bawang merah seperti biasa.
  2. Kemudian masukkan daging terdahulu. Gaul sehingga empuk.
  3. Baru dimasukkan kacang buncis.
  4. Gaul kesemuanya hingga masak. SELAMAT MENCUBA.

Nota Eimy :
Boleh gak kalo nk tambah kicap ke sos tiram ke. Ikut selera masing2.

Sayur Campur


Selalunya kalu malas nie jelah sayur campur sy bikin. Almaklumlah duk bujang rumah sewa kan. Bukan makan byk pun kan. :)

BAHAN-BAHAN :
  • Kobis
  • Lobak Merah
  • Kacang Buncis
  • Cili Merah
  • Bawang Merah
  • Garam (secukup rasa)
CARA-CARANYA :
  1. Tumis bawang seperti biasa.
  2. Kemudian masukkan kobis, lobak merah, kacang buncis & cili merah yg telah dipotong-potong ke dalam kuali.
  3. Jangan lupa garam secukup rasa.
  4. Gaulkan kesemuanya jgn terlalu lama. Sebab sayur tak elok dmasak terlalu lama.
  5. Siap utk d makan. SELAMAT MENCUBA!!!

Salad Buah


Dsebabkan buah2 masa hantaran tunang raya haritu byk sgt dan da tau takkan termakan kalo biar mcm tu jek. So sy potong2 kecil buat salad jek. Habis kannnnn!!! Huhuhuhu

Salad Buah

BAHAN-BAHAN :
  • Buah-buahan (dipotong2 dadu kecil)
  • Mayonis plain
  • Gula

CARA-CARANYA :
  • Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk dan gaul.
  • Sejukkan dalam peti ais utk lebih sedap d makan.

Spaghetti Sardin Ala Eimy


Lama sy tak share menu2 simple masakan nie kan? So hr nie sy share menu favourite yg sy suka hati edit (huhuhuhu). Spaghetti nie makanan yg sy suka sgt kalo makan mmg byk. ^ ^

Spaghetti Sardin Ala Eimy

BAHAN-BAHAN :
  • Spaghetti (ikut byk mana nak makan)
  • Sardin (1 org = 1 tin kecil)
  • Cili padi (ditumbuk)
  • Cili merah (ditumbuk)
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Tomato segar (blh guna tomato puree gak!)
  • Garam
  • Air asam jawa
CARA-CARANYA :
  1. Rebus spaghetti dgn air yg ditambah sedikit minyak utk melembutkannya. Tos dan letak tepi.
  2. Tumis bahan2 yg ditumbuk (cili padi, cili merah, bawang merah & putih) tadi dgn sedikit minyak masak sehingga naik bau.
  3. Masukkan sardin dan sedikit air asam jawa bagi menghilangkan hanyir ikan.
  4. Hancur2kan ikan sardin tersebut.
  5. Kemudian masukkan tomato segar yg telah dipotong2 kecil. Biarkan tomato empuk sepenuhnya dlm kuah sardin tersebut.
  6. Akhir sekali garam secukup rasa.
  7. Hidangkan mcm spaghetti lain juga. 

Nota Eimy :
Kepedasan cili ikut suka hati sbb ada yg suka pedas kan. Kalo tak nak pedas leh la gantikan dgn sos cili. Tomato segar lak boleh digantikan dgn tomato puree. Selalunya sy guna tomato puree dan buah tomato kalo masak kuah spaghetti sempoi dll tp utk sardin nie cukup sy guna buat tomato segar sahaja. Lebih manis dan sedap. Selamat mencuba. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...