Spaghetti Sardin Ala Eimy


Lama sy tak share menu2 simple masakan nie kan? So hr nie sy share menu favourite yg sy suka hati edit (huhuhuhu). Spaghetti nie makanan yg sy suka sgt kalo makan mmg byk. ^ ^

Spaghetti Sardin Ala Eimy

BAHAN-BAHAN :
  • Spaghetti (ikut byk mana nak makan)
  • Sardin (1 org = 1 tin kecil)
  • Cili padi (ditumbuk)
  • Cili merah (ditumbuk)
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Tomato segar (blh guna tomato puree gak!)
  • Garam
  • Air asam jawa
CARA-CARANYA :
  1. Rebus spaghetti dgn air yg ditambah sedikit minyak utk melembutkannya. Tos dan letak tepi.
  2. Tumis bahan2 yg ditumbuk (cili padi, cili merah, bawang merah & putih) tadi dgn sedikit minyak masak sehingga naik bau.
  3. Masukkan sardin dan sedikit air asam jawa bagi menghilangkan hanyir ikan.
  4. Hancur2kan ikan sardin tersebut.
  5. Kemudian masukkan tomato segar yg telah dipotong2 kecil. Biarkan tomato empuk sepenuhnya dlm kuah sardin tersebut.
  6. Akhir sekali garam secukup rasa.
  7. Hidangkan mcm spaghetti lain juga. 

Nota Eimy :
Kepedasan cili ikut suka hati sbb ada yg suka pedas kan. Kalo tak nak pedas leh la gantikan dgn sos cili. Tomato segar lak boleh digantikan dgn tomato puree. Selalunya sy guna tomato puree dan buah tomato kalo masak kuah spaghetti sempoi dll tp utk sardin nie cukup sy guna buat tomato segar sahaja. Lebih manis dan sedap. Selamat mencuba. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...