Agar-Agar Milo

Tekak nak makan yg lembut2 mcm puding
Tapi malas nak kuar g beli bahan
Dah ada paket agar2 nie buat Agar2 Milo jek
Senang & simple
Jom masak!!


AGAR-AGAR MILO

Bahan2nyer :
1.5 liter air
1 paket agar2
1/2 tin susu pekat
Serbuk milo
Gula 
Air panas (utk bancuh milo)

Cara2nyer :
- Bancuh milo + susu + gula terdahulu. Letak d tepi.
- Atas api rebus agar2 + 1.5 liter air sehingga mendidih dan masak
- Kemudian masukkan bancuhan milo yg dibancuh tadi
- Gaul sehingga sebati dan bila meruap kecilkan api.
- Tutup api bila betul2 masak dan biarkan sejuk dahulu baru dmasukkan ke dlm peti ais


Ayam Masak Kicap

Simple. Cepat. Sedap
Walla....malas nak masak berat2 hat nie pun cukup menyelerakan.
Makan dgn nasi panas2 kan.
Jom masak!


AYAM MASAK KICAP

Bahan2nyer :
Ayam
Bawang besar (hiris membulat)
Cili padi
Sos tiram
Kicap pekat
Air
Garam secukup rasa

Cara2nyer :
- Ayam digoreng terlebih dahulu
- Tanpa guna minyak terus masukkan hirisan bawang + cili padi + air + kicap + sos tiram + garam
- Agak mendidih baru masukkan ayam yg digoreng tadi
- SIAP!!!

Masak Lemak Cili Padi Tempoyak (Ayam / Ikan Kembong)

Bila dapat tempoyak sebalang dari mak mentu (mentua kan org Perak).
Ape lagi mmg gumbira rasa hati la.
Maklumlah menantu Kedah tp tekak Perak.
Hohohooo.
Jom masak!



MASAK LEMAK CILI PADI TEMPOYAK
(AYAM / IKAN KEMBONG)

Bahan2nyer :
Ayam / Ikan kembong
Bawang besar **
Bawang putih **
Kunyit hidup **
Halia **
Cili api **
Tempoyak
Ubi kentang
Tomato
Santan
Air
Garam 

#Blender semua bahan2 bertanda **

Cara2nyer :
- Tumis (tanpa minyak) bahan2 yang blend tadi sampai naik bau.
- Kemudian masukkan santan + tempoyak + air
- Kemudian masukkan ayam / ikan + ubi kentang biar empuk
- Garam secukup rasa jgn lupa
- Bila da mendidih masukkan tomato


Ikan Bilis Goreng Telur

Makanan dlm pantang simple sgt.
Tapi makan dgn nasi panas2 walaweyyyyy!!!
Masa bujang pun sy rajin masak mcm nie. 
Simple jek.
Jom masak!


IKAN BILIS GORENG TELUR

Bahan2nyer : 
Ikan bilis
Telur
Daun kari
Garam

Cara2nyer :
Goreng semuanya sekali harung sampai masak. SIAP!!

#Simple sgt2 kan???


 

Roti Jala

Masak gulai/kari ayam ke???
Ada lebih ek??? 
Makan dgn roti jala mesti sedap kan kan kan.
Jom masak!


ROTI JALA

Bahan2nyer :
Tepung gandum
Garam
Kunyit
Telur
Air @ Santan @ Susu Segar
Minyak

Cara2nyer :
- Blend semua bahan di atas hingga sebati
- Kalau nak tau adunan boleh djala atau tak cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluar tak putus2 maknanya dah boleh di jala. Kalo pekat tambah air sehingga boleh dijala.
- Jala mcm biasa kalau da masak tak perlu terbalik kan tapi angkat terus utk dgulung

#Sedap dimakan dgn kuah kari ayam.Yummyyyy...

Ayam Phat Phet

Nie resepi dari twin (lain mak ayah) sy.
Masakan utara Kelantan kalo tak silap
Thai2 sket la kan.
Jom masak!


AYAM PHAT PHET
(menu utara Kelantan)

Bahan2nyer:
A
5-6 ulas bawang putih **
2 hiris halia **
Kunyit hidup **
2 btg serai **
3 helai daun limau purut **
5-7 biji cili padi **

B
Ayam (1/2 ekor)
1 asam keping
1 batang serai (dtitik)
1 helai daun limau purut
Air
Gula

#Blender bahan A

Cara3nyer :
- Ayam goreng separuh masak
- Tumis bahan A tanpa minyak sampai baik bau dan kering
- Kemudian tambah air
- Kemudian masukkan ayam + asam keping + daun limau purut + serai
- Tambah gula + garam sket sesedap rasa
- SIAP!!

#Kalau suka berkuah banyak mcm suami sy leh tambah air jadi kuah mcm dbawah. 


Cek Mek Molek

Ohoiii cek mek molek
Eh ternyanyi laks!!
Nie pun resepi dr twin (HANI) sy tu.
Jom masak!


CEK MEK MOLEK 
(kuih muih Kelantan)

Bahan2nyer :
Ubi keledek (warna kuning lebih sedap)
Tepung gandum
Marjerin / planta
Garam
Gula 

Cara2nyer :
 - Rebus ubi keledek yang dipotong kecil2 tanpa buang kulit sampai empuk + garam
- Lepas toskan dan sejuk buang kulit ubi tersebut kemudian lenyekkan guna lah botol ke apa sampai lumat. Yang keras2 buang je.
- Kemudian masukkan secawan tepung gandum + satu sudu marjerin. Uli adunan sampai rata dan tak keras.
- Dah uli kepal2 mcm bentuk di atas tp tekan ruang tgh utk letak gula sket mcm buat buah melaka tu.
- Dah siap boleh lah dgoreng. Jgn terlalu lama nanti gula kat dlm akan cair.

Nasi Lemak

Tekak nie teringin sangat nak makan nasi lemak kan
Nak sotong brown tak jumpa2
So makan dgn sambal ayam jelah
Jom masak!!!


NASI LEMAK
(sambal ayam + papadom + kacang + timun)

Bahan2 Utk Nasi :
Bawang kecil **
Halia **
Daun pandan (carik & ikatkan)
Garam secukup rasa
Santan (ikut suka kuantiti nak lemak @ tak)
Air
Beras (basuh bersih2)

#Tanda ** dhiris halus

Cara2nyer :
- Bancuh hirisan bawang & halia bersama santan & air + garam secukup rasa
- Kemudian tuang dlm beras yg dah dbasuh bersih mcm nak tanak nasi
- Tak payah tambah air dah sbb kita da campur air dlm santan ms bancuh td
- Daun pandan jgn lupa utk wangi nasi tu
- SIAP!!

#Resepi utk buat SAMBAL boleh lihat DI SINI
#Goreng papadom + Kacang utk dmakan bersama
#Depends pada kreativiti memasing



Roti Ayam / Daging Chezzy

Got dis recipe from my ofismate.
Nampak sedap sgt kan + da ada oven so minta la resepi. Mmg mudah!!!
Jom masak!!!


ROTI AYAM/DAGING CHEEZY

Bahan-Bahan:
12- 10 keping Roti Gardenia ikut loyang masing2
1 paket serbuk atau 1 buku Parmesan/Mozarella Cheese (yg ini sedap, lemak berkrim)..ceddar cheese boleh tp masin sikit la (ikut kesukaan)
4-5 keping Daging Burger/Ayam atau pun daging cincang
Sedikit Black Pepper Sos Life/Maggi apa2 brand pun boleh..hehehe...
Carrot, Potato, Tomato (ikut sayuran kegemaran keluarga tp kena potong dadu atau kecil2)
2-3 ulas Bawang Putih (Dipotong dadu atau kalau rajin chopp halus2)
1 biji Bawang Besar (Dipotong dadu atau kalau rajin chopp halus2)
Garam dan Gula
Seasoning sikit kalau suka

**Pukul telur and then tuang susu dan kacau hingga sebati
Susu Fresh Milk 200ml
3 biji telur

Cara-cara penyediaan:

Inti:
Tumis bawang putih/besar hingga kekuningan kemudian masukkan sayuran tumis hingga sayuran itu layu sikit dan selepas itu masukkan daging tadi, masukkan garam gula ataupun seasoning..jangan lupa black pepper sos dan goreng lagi hingga agak2 kering dan masak. Ketepi dan biarkan sejuk.

Roti:
Celup kepingan roti tadi dalam bancuhan telur dan susu dan susun dalam bekas(ikut kesukaan kalau suka lembut mcm puding rendam kalau suka makan keras dan ranggup sedikit tuang bancuhan susu tadi atas setiap lapisan daging.

Setelah susun roti cantik2 dalam bekas...ini kena buat layer by layer tau...satu layer...letak daging...tabur cheese atas tuang bancuhan susu (kalau dh rendam roti tak perlu tuang bancuhan) buat semula langkah susun menyusun tadi sehingga roti dan daging habis.

Lapis yg atas sekali tuang sedikit lagi bancuhan susu hingga titisan yg akhir kemudian letak hirisan tomato di atas n tabur cheese menutupi loyang tadi, ikut kesukaan tp kalau letak cheddar cheese jangan banyak sangat takut roti nnt masin sedikit. Kemudian bakar dalam suhu 180c adjust ikut oven selama 20 minit kalau suka well done lama sikit pun tak per


Sambal Tumis (Ayam / Ikan Kembong / Sotong / Telur)

Haiyark! Ada 4 jenis sambal yg nak dkongsikan kat hari nie.
Sambal Tumis Ayam
Sambal Tumis Ikan Kembong
Sambal Tumis Sotong
Sambal Tumis Telur
Semua masakan sama jek cara cuma beza lauknya
Jom masak!!!

1. SAMBAL TUMIS AYAM 

Bahan2nya :
Ayam (digoreng dahulu)
Cili kering **
Bawang kecil **
Bawang putih **
Bawang merah (hiris)
Asam jawa 
Garam (secukup rasa)
Gula (2 sudu makan)
Minyak masak

#Tanda ** blend sekali
#Ayam goreng terlebih dahulu jgn terlalu masak

Cara2nya :
- Tumis sampai garing bahan blend tadi bersama hirisan bawang merah. Pastikan sambal masak betul2 utk elakkan sakit perut.

- Masukkan air asam jawa + garam + gula dan gaulkan sepenuhnya.

- Akhir sekali masukkan ayam yg digerong siap tadi. SIAP!

#TIPS : guna minyak banyak utk cepat garing sambal


2. SAMBAL TUMIS IKAN KEMBONG

Bahan2nya :
Ikan kembong (digoreng dahulu)
Cili kering **
Bawang kecil **
Bawang putih **
Bawang merah (hiris)
Asam jawa 
Garam (secukup rasa)
Gula (2 sudu makan)
Minyak masak

#Tanda ** blend sekali
#Ikan kembong goreng terlebih dahulu jgn terlalu masak

Cara2nya :
- Tumis sampai garing bahan blend tadi bersama hirisan bawang merah. Pastikan sambal masak betul2 utk elakkan sakit perut.

- Masukkan air asam jawa + garam + gula dan gaulkan sepenuhnya.

- Akhir sekali masukkan ikan yg digerong siap tadi. SIAP!

#TIPS : guna minyak banyak utk cepat garing sambal 


3. SAMBAL TUMIS TELUR

Bahan2nya :
Telur
Cili kering **
Bawang kecil **
Bawang putih **
Bawang merah (hiris)
Asam jawa 
Garam (secukup rasa)
Gula (2 sudu makan)
Minyak masak

#Tanda ** blend sekali
#Telur boleh direbus atau digoreng mata

Cara2nya :
- Tumis sampai garing bahan blend tadi bersama hirisan bawang merah. Pastikan sambal masak betul2 utk elakkan sakit perut.

- Masukkan air asam jawa + garam + gula dan gaulkan sepenuhnya.

- Akhir sekali masukkan telur. SIAP!

#TIPS : guna minyak banyak utk cepat garing sambal 


4. SAMBAL TUMIS SOTONG

Bahan2nya :
Sotong (warna pepel atau brown)
Cili kering **
Bawang kecil **
Bawang putih **
Bawang merah (hiris)
Asam jawa 
Garam (secukup rasa)
Gula (2 sudu makan)
Minyak masak

#Tanda ** blend sekali

Cara2nya :
- Tumis sampai garing bahan blend tadi bersama hirisan bawang merah. Pastikan sambal masak betul2 utk elakkan sakit perut.

- Masukkan air asam jawa + garam + gula dan gaulkan sepenuhnya.

- Kemudian masukkan sotong yang siap dpotong kecil.

- Tambah air secawan atau lebih dan biarkan sambal sotong mendidih sehingga kering sedikit tanda sotong masak sepenuhnya. SIAP!

#TIPS : guna minyak banyak utk cepat garing sambal 


Meatballs (Homemade)

Simple sgt nak buat. Sempena berbuka puasa dgn adik angkat kan so sanggup belajar wat Meatballs nie. Igtkan susahhh rupanya senang jekkk!!!



MEATBALLS (Homemade)

Bahan2nya :
Daging / Ayam cincang
Breadcrumbs (leh toster roti gardener sampai garing then blend hancur)
Tepung Gandum (option)
1 biji telur
Garam secukup rasa
Lada sulah (option)

Cara2nya :

- Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul sebati. Kemudian buat bulat2 mcm kat atas. Boleh digoreng utk dmakan atau drebus nak buat meatball soto. Tepung gandum hanya dgunakan kalo breadcrumbs agak tak cukup utk memejalkan meatballs masa dok bolat2 tu.

Notes :
Adk sy makan bertambah2 perghhhh!!!



Gulai Ayam (versi eiMy)

Sabtu lepas ulser mulut bertambah sakit so boleh makan bubur nasi jek.
Malamnyer pasrah letak garam bagi kecut ulser.
Ahad bangun pagi nganga mulut better than Saturday. Alhamdulillah.
Kuar beli bahan mentah teringin nak makan GULAI AYAM
Tapi nak buat kelainan so Gulai Ayam version gulai ikan
Kiranya 2 in 1 lerrr!! Sedapppppp!!!!



Bahan2 :
Ayam
Serbuk kari daging (bancuh dengan AIR ASAM JAWA)
Daun kari
Bunga lawang
Kayu manis
Bawang merah (kecil)
Tomato
Bendi
Cili padi
Santan
Garam
Minyak masak

Cara2nya :
- Tumiskan daun kari + bunga lawang + kayu manis + bawang merah + cili padi sampai naik bau wangi
 - Masukkan serbuk kari dan tumis bagi pecah minyak
 - Kemudian masukkan santan + air + ayam. Kacau & biarkan mendidih.
- Bila dah mendidih masukkan bendi + tomato + garam secukup rasa.

SIAP!!! Kalo takmo letak SANTAN pun boleh nanti jadilah KARI AYAM ALA MAMAK. Cili Padi lak utk tambah pedas je kalo tak nak letak pun takpe.Selalu org buat letak KENTANG kan...kali nie letak bendi + tomato. Try lah!!!

Sup Kurma Merah

BAHAN2nyer :

Air
Dada ayam
Ikan bilis
Kacang hitam
Kurma merah
Halia (dhiris halus)
Bawang merah (dhiris halus)
Garam secukup rasa

CARA2nyer :
Rebus kesemua bahan hingga mendidih & ayam empuk sebelum dhidang

Nota kesihatan (hidangan berpantang) :
Resipi ini merupakan masakan Cina. Gabungan kacang hitam & kurma merah membekalkan mineral utk memperbaiki struktur kulit daripada lupa & parut. Baik juga utk ginjal & sistem paru-paru.


Sup Ayam Betik Muda

BAHAN2nyer :

Ayam (dpotong kecil)
Betik muda (dhiris)
Tomato (dbelah 4)
Jus limau (2 sudu besar)
Daun selasih (2 helai)
Garam secukup rasa

BAHAN A :

Air
Lengkuas (dhiris halus)
Halia (dhiris halus)
Bawang besar (dhiris halus)
Bawang putih (dhiris halus)
Cili padi (dketuk)
Daun limau purut (1 helai)

CARA2nyer :

1) Masukkan kesemua BAHAN A ke dlm periuk + rebus hingga mendidih.
2) Masukkan ayam + jus limau + daun selasih + betik + garam. Didihkan sehingga ayam empuk.
3) Masukkan tomato & biarkan mendidih selama 10 min lagi.

Nota kesihatan (hidangan berpantang) :
Betik muda dapat menambahkan susu ibu

Sup Sayur Campur

BAHAN2nyer :

Brokoli (dpotong)
Lobak merah (dpotong)
Lobak putih (dpotong)
Batang saderi (dpotong)
Air
Daun kubis (dhiris kasar)
Serbuk pati ikan bilis secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN DTUMBUK :

Bawang merah
Bawang putih
Rempah biji (1 sudu kecil)
Lada hitam (1 sudu kecil)
Jintan putih (1/2 sudu kecil)

CARA2nyer :

1) Panaskan minyak masak + tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau
2) Masukkan serbuk pati ikan bilis + air
3) Apabila mendidih masukkan sayur2an
4) Bila sayur empuk masukkan garam
5) Kacau hingga rata sebelum dangkat

Nota kesihatan (hidangan berpantang) :
Brokoli mengandungi beta karoten dan vitamin lain yg dapat melindungi tubuh daripada serangan kanser.

Sup Ikan Haruan

BAHAN2nyer:

Ikan haruan - dpotong
Air
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Lada hitam (1 sudu besar)
Asam keping (1 keping)
Garam secukup rasa
Bawang goreng (bahan hiasan)
Daun bawang / daun sup (bahan hiasan)

CARA2nyer:

1) Panaskan minyak + tumis bahan yg dtumbuk (bawang merah + bawang putih + halia + lada hitam) hingga naik bau. Masukkan air.
2) Apabila mendidih masukkan asam keping + ikan + garam. Masak sehingga mendidih.
3) Taburkan bahan hiasan dan kacau rata sebelum dangkat.


Nota kesihatan (hidangan berpantang) : 
IKAN HARUAN membekalkan protein & albumin yg tinggi, membantu penyembuhan luka dgn cepat.

Spaghetti Carbonara Ala Eimy (Prego)

Tekak rasa nak makan spaghetti tp husband bukan tekak western melainkan wedges tu so pendam la. Bila husband kembali ke Perak utk mencari rezeki (kami PJJ) sy ape lagi western time. Huhuhuhu. Jom masak!! Guna prego jekkk!!

Bahan2 :
- Spaghetti (boleh guna pasta lain jugak)
- Prego Carbonara Cendawan (mcm pic d atas)
- Sosej
- Fishcake
- Tomato
- Garam
- Lada sulah (mcm botol pic bawah)
- Lada hitam (mcm botol pic bawah)
- Air 

Cara2nya :

SPAGHETTI
- Rebus spaghetti mcm biasa (air + minyak sket)

CARBONARA (cara 1) :
- Goreng seketika sosej + fishcake + tomato
- Kemudian masukkan prego carbonara (ikut suka bape byk nak buat) + air sket
- Tambah garam SIKIT jek
- Lada sulah + lada hitam jgn lupa SIKIT jek
- Kaco sampai sebati siap utk dngappp!!!

CARBONARA (cara 2) :
- Goreng seketika sosej + fishcake + tomato
- Kemudian masukkan prego carbonara (ikut suka bape byk nak buat) + air sket
- Tambah garam SIKIT jek
- Lada sulah + lada hitam jgn lupa SIKIT jek
- Masukkan SPAGHETTI dlm kuali dan gaul kesemuanya sekaligus
- Siap utk dngappp!!!

Hasilnya??? Jom tgk!!!

Carbonara Cara 1 :

Carbonara Cara 2 :

Note : 
Sy suka cara 2. Yeayyy!! Huhuuu

Kek Red Velvet


As salam, nakk sgt makan RV nie tp mahall so blajar baking sndri sbb lebih puashati kan? 1st trial gagal sbb husband sy kaco. 2nd trial berjaya. Yeayyy tp sukatan semua da dkurangkan. Belajar dr 1st trial. Jom baking!!!

Bahan2 utk kek :



1 1/2 cup (150gram) - 2 cup tepung kek bluekey
1 sudu besar serbuk koko
1/2 cup unsalted butter (kat butter ada tulis unsalted)
1 1/2 cup (200gram) gula
1 biji telur
1 cup (240ml) buttermilk (kalo takde jual beli susu segar buh dlm 1 cup then + perahan lemon 1 sudu besar, kmdn biarkan dlm 5 ke 10 min. Jdlah buttermilk)
2 sudu teh pewarna merah
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh baking soda

Cara buat :
Preheat oven 175 c

- adun tepung kek bluekey + serbuk koko dlm satu bekas sekaligus tanpa letak air ke ape yer

- dlm cawan buttermilk pula + pewarna merah

- dlm bekas mixer : mix UNSALTED BUTTER sampai kembang n creamy. Kemudian + GULA n pukul lagi sampai kembang n sebati. Masukkan ESEN VANILLA n mix. Kemudian masukkan TELUR n mix sampai sebati.

- kemudian masukkan adunan tepung dan serbuk koko secara berselang seli dgn buttermilk. Cth satu sudip tepung satu sudip buttermilk kmdn satu sudip tepung satu sudip buttermilk sampai habis.

- bila da sebati mix dlm bekas kecik lain campurkan 1 baking soda + 1 the cuka kaco sampai bubbles. Kemudian terus masukkan ke dlm adunan dlm mix td. Mix sebati sekali dua terus tuang dlm loyang. Bake dlm 25 - 30min yer.


***seblm tuang adunan make sure loyang dsapu sekeliling dgn minyak dulu bagi kek bila da masak tak lekat ke dinding.

- da masak sejukkan dulu, da sejuk ikut suka nak potong bape pun


Now Frosting yg kaler putih lak :

Bahan2 :
130gm cream cheese
30gm buttercup biasa
1 sudu besar perahan lemon
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
1 cup gula ising

Cara wat frosting :
- mixer CREAM CHEESE sampai cremy
- masukkan buttercup + perahan limau + esen vanila + susu segar + gula ising
- mix sampai kembang

**then baru leh sapu kat setiap lapisan n ikut suka hati nak sapu mcm mana huhuuu



Noted : bake ikut step by step kalo tak takkan menjadi. Sy pakai loyang 4 segi tak kecik tak besar. Sedang2 jek.

Kek Batik Simple


Hai semua, lama chef tak muncul kat sini kan kan kan!!! Soriii bz mehhhh!!! Huhuhuhu utk tahun 2012 nie 1st recipe nk share adalah KEK BATIK SIMPLE google dari website MyResepi. WEhuuu jom masak!!!!

Bahan-bahannya adalah :


- Biskut Marie (sy guna yg timbang tu nyer)
- Milo
- Buttercup
- Serbuk Koko
- 1 Biji Telur
- Susu Cair (sy guna Carnation nyer)

Cara-caranya adalah :

1. Masak buttercup sampai cair (sy guna seketul terus).


2. Kemudian masukkan milo (dalam 7 sudu makan) + serbuk koko (skettt jekkk). Kacau sampai lumat (erkk sampai tak berketul). Masukkan susu cair satu tin habis. Yummyyy (tetiba lak).


3. Kacau macam rupa dodol then tutup api. Masukkan biskut marie yg da dpatah2kan gaul samarata.


4. Kemudian pedap2 (tekan2) kat bekas sampai padat. Settle masukkan dlm peti sejuk utk dbekukan. Dah beku apa lagi makan laaa....Yummmyyyy!!!



Nota Chef Eimy : Sy tak suka manis so tak masukkan gula atau susu pekat manis. Lebih sukakan rasa milo tu cair dlm mulut ini. Yummmyyyyy!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...