Agar-Agar Milo

Tekak nak makan yg lembut2 mcm puding
Tapi malas nak kuar g beli bahan
Dah ada paket agar2 nie buat Agar2 Milo jek
Senang & simple
Jom masak!!


AGAR-AGAR MILO

Bahan2nyer :
1.5 liter air
1 paket agar2
1/2 tin susu pekat
Serbuk milo
Gula 
Air panas (utk bancuh milo)

Cara2nyer :
- Bancuh milo + susu + gula terdahulu. Letak d tepi.
- Atas api rebus agar2 + 1.5 liter air sehingga mendidih dan masak
- Kemudian masukkan bancuhan milo yg dibancuh tadi
- Gaul sehingga sebati dan bila meruap kecilkan api.
- Tutup api bila betul2 masak dan biarkan sejuk dahulu baru dmasukkan ke dlm peti ais


Ayam Masak Kicap

Simple. Cepat. Sedap
Walla....malas nak masak berat2 hat nie pun cukup menyelerakan.
Makan dgn nasi panas2 kan.
Jom masak!


AYAM MASAK KICAP

Bahan2nyer :
Ayam
Bawang besar (hiris membulat)
Cili padi
Sos tiram
Kicap pekat
Air
Garam secukup rasa

Cara2nyer :
- Ayam digoreng terlebih dahulu
- Tanpa guna minyak terus masukkan hirisan bawang + cili padi + air + kicap + sos tiram + garam
- Agak mendidih baru masukkan ayam yg digoreng tadi
- SIAP!!!

Masak Lemak Cili Padi Tempoyak (Ayam / Ikan Kembong)

Bila dapat tempoyak sebalang dari mak mentu (mentua kan org Perak).
Ape lagi mmg gumbira rasa hati la.
Maklumlah menantu Kedah tp tekak Perak.
Hohohooo.
Jom masak!



MASAK LEMAK CILI PADI TEMPOYAK
(AYAM / IKAN KEMBONG)

Bahan2nyer :
Ayam / Ikan kembong
Bawang besar **
Bawang putih **
Kunyit hidup **
Halia **
Cili api **
Tempoyak
Ubi kentang
Tomato
Santan
Air
Garam 

#Blender semua bahan2 bertanda **

Cara2nyer :
- Tumis (tanpa minyak) bahan2 yang blend tadi sampai naik bau.
- Kemudian masukkan santan + tempoyak + air
- Kemudian masukkan ayam / ikan + ubi kentang biar empuk
- Garam secukup rasa jgn lupa
- Bila da mendidih masukkan tomato


Ikan Bilis Goreng Telur

Makanan dlm pantang simple sgt.
Tapi makan dgn nasi panas2 walaweyyyyy!!!
Masa bujang pun sy rajin masak mcm nie. 
Simple jek.
Jom masak!


IKAN BILIS GORENG TELUR

Bahan2nyer : 
Ikan bilis
Telur
Daun kari
Garam

Cara2nyer :
Goreng semuanya sekali harung sampai masak. SIAP!!

#Simple sgt2 kan???


 

Roti Jala

Masak gulai/kari ayam ke???
Ada lebih ek??? 
Makan dgn roti jala mesti sedap kan kan kan.
Jom masak!


ROTI JALA

Bahan2nyer :
Tepung gandum
Garam
Kunyit
Telur
Air @ Santan @ Susu Segar
Minyak

Cara2nyer :
- Blend semua bahan di atas hingga sebati
- Kalau nak tau adunan boleh djala atau tak cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluar tak putus2 maknanya dah boleh di jala. Kalo pekat tambah air sehingga boleh dijala.
- Jala mcm biasa kalau da masak tak perlu terbalik kan tapi angkat terus utk dgulung

#Sedap dimakan dgn kuah kari ayam.Yummyyyy...

Ayam Phat Phet

Nie resepi dari twin (lain mak ayah) sy.
Masakan utara Kelantan kalo tak silap
Thai2 sket la kan.
Jom masak!


AYAM PHAT PHET
(menu utara Kelantan)

Bahan2nyer:
A
5-6 ulas bawang putih **
2 hiris halia **
Kunyit hidup **
2 btg serai **
3 helai daun limau purut **
5-7 biji cili padi **

B
Ayam (1/2 ekor)
1 asam keping
1 batang serai (dtitik)
1 helai daun limau purut
Air
Gula

#Blender bahan A

Cara3nyer :
- Ayam goreng separuh masak
- Tumis bahan A tanpa minyak sampai baik bau dan kering
- Kemudian tambah air
- Kemudian masukkan ayam + asam keping + daun limau purut + serai
- Tambah gula + garam sket sesedap rasa
- SIAP!!

#Kalau suka berkuah banyak mcm suami sy leh tambah air jadi kuah mcm dbawah. 


Cek Mek Molek

Ohoiii cek mek molek
Eh ternyanyi laks!!
Nie pun resepi dr twin (HANI) sy tu.
Jom masak!


CEK MEK MOLEK 
(kuih muih Kelantan)

Bahan2nyer :
Ubi keledek (warna kuning lebih sedap)
Tepung gandum
Marjerin / planta
Garam
Gula 

Cara2nyer :
 - Rebus ubi keledek yang dipotong kecil2 tanpa buang kulit sampai empuk + garam
- Lepas toskan dan sejuk buang kulit ubi tersebut kemudian lenyekkan guna lah botol ke apa sampai lumat. Yang keras2 buang je.
- Kemudian masukkan secawan tepung gandum + satu sudu marjerin. Uli adunan sampai rata dan tak keras.
- Dah uli kepal2 mcm bentuk di atas tp tekan ruang tgh utk letak gula sket mcm buat buah melaka tu.
- Dah siap boleh lah dgoreng. Jgn terlalu lama nanti gula kat dlm akan cair.

Nasi Lemak

Tekak nie teringin sangat nak makan nasi lemak kan
Nak sotong brown tak jumpa2
So makan dgn sambal ayam jelah
Jom masak!!!


NASI LEMAK
(sambal ayam + papadom + kacang + timun)

Bahan2 Utk Nasi :
Bawang kecil **
Halia **
Daun pandan (carik & ikatkan)
Garam secukup rasa
Santan (ikut suka kuantiti nak lemak @ tak)
Air
Beras (basuh bersih2)

#Tanda ** dhiris halus

Cara2nyer :
- Bancuh hirisan bawang & halia bersama santan & air + garam secukup rasa
- Kemudian tuang dlm beras yg dah dbasuh bersih mcm nak tanak nasi
- Tak payah tambah air dah sbb kita da campur air dlm santan ms bancuh td
- Daun pandan jgn lupa utk wangi nasi tu
- SIAP!!

#Resepi utk buat SAMBAL boleh lihat DI SINI
#Goreng papadom + Kacang utk dmakan bersama
#Depends pada kreativiti memasing



Roti Ayam / Daging Chezzy

Got dis recipe from my ofismate.
Nampak sedap sgt kan + da ada oven so minta la resepi. Mmg mudah!!!
Jom masak!!!


ROTI AYAM/DAGING CHEEZY

Bahan-Bahan:
12- 10 keping Roti Gardenia ikut loyang masing2
1 paket serbuk atau 1 buku Parmesan/Mozarella Cheese (yg ini sedap, lemak berkrim)..ceddar cheese boleh tp masin sikit la (ikut kesukaan)
4-5 keping Daging Burger/Ayam atau pun daging cincang
Sedikit Black Pepper Sos Life/Maggi apa2 brand pun boleh..hehehe...
Carrot, Potato, Tomato (ikut sayuran kegemaran keluarga tp kena potong dadu atau kecil2)
2-3 ulas Bawang Putih (Dipotong dadu atau kalau rajin chopp halus2)
1 biji Bawang Besar (Dipotong dadu atau kalau rajin chopp halus2)
Garam dan Gula
Seasoning sikit kalau suka

**Pukul telur and then tuang susu dan kacau hingga sebati
Susu Fresh Milk 200ml
3 biji telur

Cara-cara penyediaan:

Inti:
Tumis bawang putih/besar hingga kekuningan kemudian masukkan sayuran tumis hingga sayuran itu layu sikit dan selepas itu masukkan daging tadi, masukkan garam gula ataupun seasoning..jangan lupa black pepper sos dan goreng lagi hingga agak2 kering dan masak. Ketepi dan biarkan sejuk.

Roti:
Celup kepingan roti tadi dalam bancuhan telur dan susu dan susun dalam bekas(ikut kesukaan kalau suka lembut mcm puding rendam kalau suka makan keras dan ranggup sedikit tuang bancuhan susu tadi atas setiap lapisan daging.

Setelah susun roti cantik2 dalam bekas...ini kena buat layer by layer tau...satu layer...letak daging...tabur cheese atas tuang bancuhan susu (kalau dh rendam roti tak perlu tuang bancuhan) buat semula langkah susun menyusun tadi sehingga roti dan daging habis.

Lapis yg atas sekali tuang sedikit lagi bancuhan susu hingga titisan yg akhir kemudian letak hirisan tomato di atas n tabur cheese menutupi loyang tadi, ikut kesukaan tp kalau letak cheddar cheese jangan banyak sangat takut roti nnt masin sedikit. Kemudian bakar dalam suhu 180c adjust ikut oven selama 20 minit kalau suka well done lama sikit pun tak per


Sambal Tumis (Ayam / Ikan Kembong / Sotong / Telur)

Haiyark! Ada 4 jenis sambal yg nak dkongsikan kat hari nie.
Sambal Tumis Ayam
Sambal Tumis Ikan Kembong
Sambal Tumis Sotong
Sambal Tumis Telur
Semua masakan sama jek cara cuma beza lauknya
Jom masak!!!

1. SAMBAL TUMIS AYAM 

Bahan2nya :
Ayam (digoreng dahulu)
Cili kering **
Bawang kecil **
Bawang putih **
Bawang merah (hiris)
Asam jawa 
Garam (secukup rasa)
Gula (2 sudu makan)
Minyak masak

#Tanda ** blend sekali
#Ayam goreng terlebih dahulu jgn terlalu masak

Cara2nya :
- Tumis sampai garing bahan blend tadi bersama hirisan bawang merah. Pastikan sambal masak betul2 utk elakkan sakit perut.

- Masukkan air asam jawa + garam + gula dan gaulkan sepenuhnya.

- Akhir sekali masukkan ayam yg digerong siap tadi. SIAP!

#TIPS : guna minyak banyak utk cepat garing sambal


2. SAMBAL TUMIS IKAN KEMBONG

Bahan2nya :
Ikan kembong (digoreng dahulu)
Cili kering **
Bawang kecil **
Bawang putih **
Bawang merah (hiris)
Asam jawa 
Garam (secukup rasa)
Gula (2 sudu makan)
Minyak masak

#Tanda ** blend sekali
#Ikan kembong goreng terlebih dahulu jgn terlalu masak

Cara2nya :
- Tumis sampai garing bahan blend tadi bersama hirisan bawang merah. Pastikan sambal masak betul2 utk elakkan sakit perut.

- Masukkan air asam jawa + garam + gula dan gaulkan sepenuhnya.

- Akhir sekali masukkan ikan yg digerong siap tadi. SIAP!

#TIPS : guna minyak banyak utk cepat garing sambal 


3. SAMBAL TUMIS TELUR

Bahan2nya :
Telur
Cili kering **
Bawang kecil **
Bawang putih **
Bawang merah (hiris)
Asam jawa 
Garam (secukup rasa)
Gula (2 sudu makan)
Minyak masak

#Tanda ** blend sekali
#Telur boleh direbus atau digoreng mata

Cara2nya :
- Tumis sampai garing bahan blend tadi bersama hirisan bawang merah. Pastikan sambal masak betul2 utk elakkan sakit perut.

- Masukkan air asam jawa + garam + gula dan gaulkan sepenuhnya.

- Akhir sekali masukkan telur. SIAP!

#TIPS : guna minyak banyak utk cepat garing sambal 


4. SAMBAL TUMIS SOTONG

Bahan2nya :
Sotong (warna pepel atau brown)
Cili kering **
Bawang kecil **
Bawang putih **
Bawang merah (hiris)
Asam jawa 
Garam (secukup rasa)
Gula (2 sudu makan)
Minyak masak

#Tanda ** blend sekali

Cara2nya :
- Tumis sampai garing bahan blend tadi bersama hirisan bawang merah. Pastikan sambal masak betul2 utk elakkan sakit perut.

- Masukkan air asam jawa + garam + gula dan gaulkan sepenuhnya.

- Kemudian masukkan sotong yang siap dpotong kecil.

- Tambah air secawan atau lebih dan biarkan sambal sotong mendidih sehingga kering sedikit tanda sotong masak sepenuhnya. SIAP!

#TIPS : guna minyak banyak utk cepat garing sambal 


Meatballs (Homemade)

Simple sgt nak buat. Sempena berbuka puasa dgn adik angkat kan so sanggup belajar wat Meatballs nie. Igtkan susahhh rupanya senang jekkk!!!



MEATBALLS (Homemade)

Bahan2nya :
Daging / Ayam cincang
Breadcrumbs (leh toster roti gardener sampai garing then blend hancur)
Tepung Gandum (option)
1 biji telur
Garam secukup rasa
Lada sulah (option)

Cara2nya :

- Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul sebati. Kemudian buat bulat2 mcm kat atas. Boleh digoreng utk dmakan atau drebus nak buat meatball soto. Tepung gandum hanya dgunakan kalo breadcrumbs agak tak cukup utk memejalkan meatballs masa dok bolat2 tu.

Notes :
Adk sy makan bertambah2 perghhhh!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...