Meatballs (Homemade)

Simple sgt nak buat. Sempena berbuka puasa dgn adik angkat kan so sanggup belajar wat Meatballs nie. Igtkan susahhh rupanya senang jekkk!!!



MEATBALLS (Homemade)

Bahan2nya :
Daging / Ayam cincang
Breadcrumbs (leh toster roti gardener sampai garing then blend hancur)
Tepung Gandum (option)
1 biji telur
Garam secukup rasa
Lada sulah (option)

Cara2nya :

- Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul sebati. Kemudian buat bulat2 mcm kat atas. Boleh digoreng utk dmakan atau drebus nak buat meatball soto. Tepung gandum hanya dgunakan kalo breadcrumbs agak tak cukup utk memejalkan meatballs masa dok bolat2 tu.

Notes :
Adk sy makan bertambah2 perghhhh!!!



Gulai Ayam (versi eiMy)

Sabtu lepas ulser mulut bertambah sakit so boleh makan bubur nasi jek.
Malamnyer pasrah letak garam bagi kecut ulser.
Ahad bangun pagi nganga mulut better than Saturday. Alhamdulillah.
Kuar beli bahan mentah teringin nak makan GULAI AYAM
Tapi nak buat kelainan so Gulai Ayam version gulai ikan
Kiranya 2 in 1 lerrr!! Sedapppppp!!!!



Bahan2 :
Ayam
Serbuk kari daging (bancuh dengan AIR ASAM JAWA)
Daun kari
Bunga lawang
Kayu manis
Bawang merah (kecil)
Tomato
Bendi
Cili padi
Santan
Garam
Minyak masak

Cara2nya :
- Tumiskan daun kari + bunga lawang + kayu manis + bawang merah + cili padi sampai naik bau wangi
 - Masukkan serbuk kari dan tumis bagi pecah minyak
 - Kemudian masukkan santan + air + ayam. Kacau & biarkan mendidih.
- Bila dah mendidih masukkan bendi + tomato + garam secukup rasa.

SIAP!!! Kalo takmo letak SANTAN pun boleh nanti jadilah KARI AYAM ALA MAMAK. Cili Padi lak utk tambah pedas je kalo tak nak letak pun takpe.Selalu org buat letak KENTANG kan...kali nie letak bendi + tomato. Try lah!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...