Spaghetti Sempoi Ala eiMy


 Bahan-bahan:
• spaghetti
• sedikit minyak (untuk rebus speggeti tadi)
• ayam/daging kisar
• tomato puree
• sos cili
• cendawan butang (kuantiti ikut suka)
• bawang putih (dicincang)
• sedikit aji (kalau nak)
• garam secukup rasa
• sedikit air


Cara-cara :
1.Untuk rebus spaghetti :
- Rebus air dengan sedikit minyak sehingga mendidih masukkan spaghetti tadi dan rebus hingga lembut

2.Kuah :
- Tumiskan bawang putih masukkan tomato puree dan sos cili.
- Kemudian masukkan ayam/daging kisar
- Tambah sedikit air
- Masukkan garam dan aji secukup rasa
- Masukkan pula cendawan butang
- Masak sehingga naik minyak

Nota Eimy :
Kuantiti spaghetti serta bahan2 lain yg nk digunakan terpulang pd kehendak sndri. Ada yg nk buat makan besar, kena guna byk la. Utk ayam/daging kisar boley diganti dgn kepingan sosej. Kadangkala sy adjust resepi nie letak meatball ayamas. SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...