Sawi Goreng Tauhu


Tak tau nk masak apa kan!!! Buka peti ais tgk bahan2 nie jek ada stok lagi. Pe lagi main campak2 la masak. Huhuhuhuhu. Boleh laaaaaaa!!!!


BAHAN-BAHAN :
  • Sawi
  • Tauhu
  • Bawang Putih
  • Garam (secukup rasa)
  • Air
CARA-CARANYA :
  1. Tumis bawang putih terdahulu.
  2. Kemudian masukkan sawi yg telah dpotong.
  3. Air masuk sikit supaya ada kuah (kalo takmo kuah goreng biasa jek)
  4. Masukkan tauhu yg telah dpotong kecil. Gaulkan kesemuanya.
  5. Garam jgn d lupa. SELAMAT MENCUBA.

Daging Goreng Kacang Buncis


Actually nie gambar tahun 2011 slps raya haji. Dsebabkan masa tu daging terlalu byk so sy selalu msk mcm nie jelah. Simple n mudah. Tambahan lak sy nie jenis satu 2 lauk cukup lah kan. Tak perlu byk2. Asalkan kenyang perut sy nie. Hehehehehe.

BAHAN-BAHAN :
  • Kacang Buncis (dipotong kecil)
  • Daging (dipotong kecil)
  • Bawang Merah
  • Garam (secukup rasa)
CARA-CARANYA :
  1. Tumis bawang merah seperti biasa.
  2. Kemudian masukkan daging terdahulu. Gaul sehingga empuk.
  3. Baru dimasukkan kacang buncis.
  4. Gaul kesemuanya hingga masak. SELAMAT MENCUBA.

Nota Eimy :
Boleh gak kalo nk tambah kicap ke sos tiram ke. Ikut selera masing2.

Sayur Campur


Selalunya kalu malas nie jelah sayur campur sy bikin. Almaklumlah duk bujang rumah sewa kan. Bukan makan byk pun kan. :)

BAHAN-BAHAN :
  • Kobis
  • Lobak Merah
  • Kacang Buncis
  • Cili Merah
  • Bawang Merah
  • Garam (secukup rasa)
CARA-CARANYA :
  1. Tumis bawang seperti biasa.
  2. Kemudian masukkan kobis, lobak merah, kacang buncis & cili merah yg telah dipotong-potong ke dalam kuali.
  3. Jangan lupa garam secukup rasa.
  4. Gaulkan kesemuanya jgn terlalu lama. Sebab sayur tak elok dmasak terlalu lama.
  5. Siap utk d makan. SELAMAT MENCUBA!!!

Salad Buah


Dsebabkan buah2 masa hantaran tunang raya haritu byk sgt dan da tau takkan termakan kalo biar mcm tu jek. So sy potong2 kecil buat salad jek. Habis kannnnn!!! Huhuhuhu

Salad Buah

BAHAN-BAHAN :
  • Buah-buahan (dipotong2 dadu kecil)
  • Mayonis plain
  • Gula

CARA-CARANYA :
  • Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk dan gaul.
  • Sejukkan dalam peti ais utk lebih sedap d makan.

Spaghetti Sardin Ala Eimy


Lama sy tak share menu2 simple masakan nie kan? So hr nie sy share menu favourite yg sy suka hati edit (huhuhuhu). Spaghetti nie makanan yg sy suka sgt kalo makan mmg byk. ^ ^

Spaghetti Sardin Ala Eimy

BAHAN-BAHAN :
  • Spaghetti (ikut byk mana nak makan)
  • Sardin (1 org = 1 tin kecil)
  • Cili padi (ditumbuk)
  • Cili merah (ditumbuk)
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Tomato segar (blh guna tomato puree gak!)
  • Garam
  • Air asam jawa
CARA-CARANYA :
  1. Rebus spaghetti dgn air yg ditambah sedikit minyak utk melembutkannya. Tos dan letak tepi.
  2. Tumis bahan2 yg ditumbuk (cili padi, cili merah, bawang merah & putih) tadi dgn sedikit minyak masak sehingga naik bau.
  3. Masukkan sardin dan sedikit air asam jawa bagi menghilangkan hanyir ikan.
  4. Hancur2kan ikan sardin tersebut.
  5. Kemudian masukkan tomato segar yg telah dipotong2 kecil. Biarkan tomato empuk sepenuhnya dlm kuah sardin tersebut.
  6. Akhir sekali garam secukup rasa.
  7. Hidangkan mcm spaghetti lain juga. 

Nota Eimy :
Kepedasan cili ikut suka hati sbb ada yg suka pedas kan. Kalo tak nak pedas leh la gantikan dgn sos cili. Tomato segar lak boleh digantikan dgn tomato puree. Selalunya sy guna tomato puree dan buah tomato kalo masak kuah spaghetti sempoi dll tp utk sardin nie cukup sy guna buat tomato segar sahaja. Lebih manis dan sedap. Selamat mencuba. :)

Lauk Ikan Singgang Versi Ganu

Sumber : Google Images
BAHAN-BAHAN:
Ikan tongkol/aya seekor ( dipotong)
Air 500ml
Lengkuas 1 inci (dihiris nipis)
Asam keping 2
Kunyit hidup ½ inci (dihiris nipis)
Bawang putih 4 ulas (diketuk)
Sedikit ajinamoto
Cili padi 5 tangkai (jangan hiris)
Garam secukup rasa.

CARANYA:
1.Bersihkan ikan dan toskannya.
2.Didihkan 500ml air
3.Bila mendidih masukkan asam keping,bawang putih,kunyit,lengkuas,cili padi,garam dan aji.
4.Didih hingga naik bau. Kemudian masukkan ikan.rebus hingga masak
5.Kemudian hidangkan dengan nasi putih , sambal belancan dan ulam2an.

Kuey Teow Sup


Sumber : Google Images

BAHAN-BAHAN:
2.5 liter air rebusan ayam
10-20g ikan bilis dibersihkan
4 sudu besar jeruk kobis tienstin
2 sudu the serbuk lada putih
30 biji bebola ikan
300g kuetiew dicelur
4 sudu besar kicap cair
3 tangkai cili padi dihiris nipis

MENU TAMBAHAN:
2 keping kek ikan dihiris nipis (dicelur)
8-10 keping foo pei dipotong 2
bawang goring
1 batang daun bawang n sup
sedikit taugeh

CARANYA:
1.Masukkan air rebusan ayam,ikan bilis,jeruk kubis dan serbuk lada putih ke dlm periuk
dan didihkan.tambahkan air jika perlu.
2.masukkan bebola ikan ke dlm sup sehingga bebola timbul.
3.untuk mengidang letakkan kuetiew,kek ikan dan foo pei ke dalam mangkuk
tuangkan sup bebola ke tas dan taburkan bawang goring daun bawang dan sup serta taugeh.
4.hidangkan bersama kicap cair

Laksa Johor Versi Leen

Sumber : Google Images
BAHAN-BAHAN:
Minyak jagung 125ml
Kelapa ½ biji (dibuat kerisik)
Santan dari 2 biji kelapa ( 2 liter)
Udang basah 500 g
Udang kering ½ cawan (rendam n toskan)
Ikan kembung 300g direbus dan diasingkan isinya
Bawang putih 5 ulas
Ikan masin 100 g (nak sedap ikan karau masin)
Rempah kari 2 bungkus saiz kecil
Garam dan gula/aji secukupnya.

BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR:
Lengkuas 2cm
Halia 2cm
Serai 8 batang
Kunyit hidup 3cm
Cili kering 30 tangkai (lagi pedas lagi best)
Bawang merah 25 ulas


CARA-CARANYA:
1.Panaskan minyak jagung dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi dan rempah akri sehingga naik bau.
2.masukkan santan,udang dan semua isi ikan
3.didihkan perlahan-lahan sampai kuahnya pecah minyak lebih kurang 20 minit
jangan lupa masukkan kerisik,garam dan gula/aji.
4.sajikan kuah laksa bersama bahan2 di bawah ni..
- Spageti 2 bungkus direbus hingga masak
- Timun 2 batang dibuang isi dalam dan dihiris nipis
- Taugeh
- Daun kesom
- Daun selasih
- Limau kasturi
- Sambal belacan

Pizza Sempoi


*** klik utk tumbesaran ***

Nota Dari Dapur :
Credit to Kosmo Online 29.12.2009

Ayam Goreng Kunyit

Sumber : Google Images
Bahan-bahan :
- ayam (dipotong kecil2 comey)
- garam secukup rasa
- serbuk kunyit
- kacang panjang / carrot / bunga kobis (ikut selera memasing okek!!)
- bawang besar (dihiris agak tebal)
- minyak masak


Cara Memasak :
1) Potong ayam kecil2 ikut saiz yang di kehendaki
2) Gaulkan bersama garam dan juga serbuk kunyit biar sebati
3) Panaskan minyak dalam kuali.
4) Gorengkan ayam tadi sehingga ia sedikit garing.
5) Setelah ayam agak garing masukkan bawang besar diikuti dengan sayur campur
6) Kacau sehingga sayur masak tapi jangan terlalu lama
7) Dah siap & makan jek!!~
Nota Eimy :
Resepi fofular masa study dan selepas study (ms keje duduk merantau) dulu jd chef tak bertauliah kat dapur. Huhuhu cukup mudah dan simple jek. SELAMAT MENCUBA!!~

Nasi Ayam (My Mom Recipe)

Bahan-Bahan:
- ayam
- kiub pati ayam (seketul)
- garam (secukup rasa)
- sos tiram
- kicap pekat
- sos cili
- daun kari
- kulit kayu manis
- bunga cengkih
- halia
- daun pandan (utk tumis)
- bawang merah (dipotong halus - tumis)
- bawang putih (dipotong halus - tumis)
- bawang putih (untuk dikisar - sos)
- cili merah (kat utara panggey CABAI HIDUP)
- limau kasturi (2 ke 3 biji)
- sup bunjut


Cara-Cara Buat Ayam Goreng :
1) Rebus ayam yang dicuci bersih bersama2 kiub pati ayam seketul.
2) Jgn lama sgt agak2 jd stok ayam kemudian tmbh garam secukup rasa.
3) Ayam yg disejat diperap dengan sos tiram + kicap pekat + sos cili (semua campuran nie ikt selera masing2)
4) Perap dlm beberapa jam (slalunya my mom perap mlm sblm tido, then pagi2 bangun goreng)

5) Dah perap goreng jek terussss!!!!


Cara Membuat Sup Nasi Ayam :
1) Ambik air rebusan lebih tadi tambah serai dan sup bunjut.
2) Sup dah siap(biar mereneh sekejap)
3) Boleh tmbh daun sup + bawang goreng sama


Cara Membuat Sos Nasi Ayam :
1) Cili merah dikisar bersama bawang putih
2) Kemudian tumis bersama limau kasturi (dalam 2 @ 3 biji)
3) Masukkan juga sos cili + garam + gula secukup rasa
4) Tumis kesemua bahan sekaligus.


Cara Membuat Nasi Ayam :
1) Daun kari + kulit kayu manis + bunga cengkih + halia + daun pandan + bawang merah (dipotong halus) + bawang putih (dipotong halus) ditumis sekali.

2) Beras d basuh berasingkan dulu + sejat dan masukkan dlm periuk nasi yg da ditumis bahan2 atas.
3) Kemudian masukkan stok ayam yg kita guna td utk rebus ayam bersama beras.

4) Tanak naik jek nasi.
Nota Eimy :
Keistimewaan kat ayam kot yg diperap tu. My Mom (credit to my mom) ambik resepi yg aym tue ms dia keje dulu. So adjust2 la gak resepi nie. SELAMAT MENCUBA!!

Ungkep Ayam (Resepi Jawa)

Sumber : Google Images
 Bahan-bahan :
1) ayam (dipotong agak kecil dr size sederhana)
2) ketumbar - dikisar halus
3) jintan putih - dikisar halus
4) bawang merah kecil (beberapa ulas)
5) bawang putih (beberapa ulas)
6) 1 batang serai - dititik
7) gula - secukup rasa
8) garam - secukup rasa
9) air
10) minyak untuk menumis
11) kunyit - sebesar saiz ibu jari

Cara-cara :
1.Panaskan minyak.Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan kunyit.
2.Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.Masukkan bersama ketumbar,jintan putih dan serai.
3.Apabila tumisan telah betul-betul kering/garing, masukkan garam dan gula.Gaul sebati.
4.Masukkan ayam.Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.
5.Masukkan air.Gaul lagi.
6.Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.

P/S: Boleh juga gantikan ketumbar/jintan putih kepada serbuk ketumbar/jintan putih. Jika malas nak menumbuk, boleh juga dikisar.

Nota Eimy :
Resepi nie sy blajar 5thn sudah dr tok kedah - credit to my tok kedah (noted : abh keturunan jawa). Ms tu my loving mom berpantang kan so sy belajar la resepi nie (konon2 chef blajar dr sifu la tuu). Simple jek, even nmpk susah but senang. Main campak2 msk kuali jek kaco. SELAMAT MENCUBA!! (Masakan nie sesuai utk wanita berpantang)

Mee Kari

Sumber : Google Images
BAHAN A:
- bawang merah (dikisar halus)
- bawang putih (dikisar halus)
- halia (dikisar halus)
- cili kering (dikisar halus)
- serbuk kari ayam


BAHAN B:
- mee kuning/yee mee
- santan
- ayam
- fishcake
- fishball
- tauhu
- udang
- ubi kentang


BAHAN C:
- tauge
- sawi
- tauhu
- telur rebus


Cara2nya:
- Utk Bahan A
1)bwg merah,bwg putih,halia yg tlh dikisar halus di tumis sampai naik bau
2)kmdn masukkan cili kering yg dah dikisar halus di tumis sampai pecah minyak
3)kmdn mskkan serbuk kari ayam & tumis sampai pecah minyak
4)asingkan di bekas


- Utk Bahan B
1)ayam & kentang di rebus naik skali sampai air menggelegak
2)kmdn mskkan Bhn A yg telah siap ditumis td & biarkan mengelegak
3)akhir skali baru mskkan santan,tauhu,fishcake,fishball & udang
4)biarkan bahan2 masak


- Utk Hidangan
1)letakkan mee kuning/yee mee,sawi,tauge,telur rebus,tauhu dlm mangkuk dan buh kuah la apa lagiiiii (huhu)
2)last skali msk dlm mulut makannnnnnnnnnnn
Nota Eimy :
Resepi nie actually sy dpt ms study dulu. Dr makcik kat food court tu (credit to maklong food court TPMC Bkt Jalil). Mslhnyer sy tak makan mee tp sedap karinyer tu so blajar la buat kan. Tukar la mee kepada kuey teow. Mmg sedap!! SELAMAT MENCUBA!!~

Spaghetti Sempoi Ala eiMy


 Bahan-bahan:
• spaghetti
• sedikit minyak (untuk rebus speggeti tadi)
• ayam/daging kisar
• tomato puree
• sos cili
• cendawan butang (kuantiti ikut suka)
• bawang putih (dicincang)
• sedikit aji (kalau nak)
• garam secukup rasa
• sedikit air


Cara-cara :
1.Untuk rebus spaghetti :
- Rebus air dengan sedikit minyak sehingga mendidih masukkan spaghetti tadi dan rebus hingga lembut

2.Kuah :
- Tumiskan bawang putih masukkan tomato puree dan sos cili.
- Kemudian masukkan ayam/daging kisar
- Tambah sedikit air
- Masukkan garam dan aji secukup rasa
- Masukkan pula cendawan butang
- Masak sehingga naik minyak

Nota Eimy :
Kuantiti spaghetti serta bahan2 lain yg nk digunakan terpulang pd kehendak sndri. Ada yg nk buat makan besar, kena guna byk la. Utk ayam/daging kisar boley diganti dgn kepingan sosej. Kadangkala sy adjust resepi nie letak meatball ayamas. SELAMAT MENCUBA!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...